Program Ijazah Untuk Warga Kerja

INTERFACE EDUCATION GROUP adalah merupakan merupakan Pusat Pendidikan dan Latihan untuk program-program akademik berasaskan industri, khas untuk golongan bekerja. Alhamdulillah kami telah pun menghasilkan ramai graduan berkelayakan Eksekutif Diploma, Bachelor dan Master yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka secara Separuh Masa sambil bekerja. Ramai graduan-graduan ini telah berjaya dinaikkan pangkat atau mendapatkan pekerjaan lebih baik.

Interface telah bekerjasama dengan beberapa pihak Universiti Tempatan untuk menyediakan peluang pendidikan yang relevan dan kos efektif kepada golongan bekerja di seluruh Malaysia.

Inisiatif kami untuk menyediakan peluang pendidikan seumur hidup, bertujuan untuk menyokong dan melengkapkan inisiatif sektor korporat dan objektif kerajaan Malaysia untuk meletakkan organisasi tempatan di barisan hadapan daya saing global. Program pendidikan kami telah mewujudkan peluang kepada golongan bekerja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Platform yang diwujudkan oleh Interface adalah selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia untuk mengubah Malaysia menjadi masyarakat berpendapatan tinggi serta pembangunan modal insan dan inovasi.

Sokongan kuat yang diterima daripada industri telah membolehkan kami mempunyai 15 pusat pembelajaran di seluruh negeri Malaysia dengan mempunyai lebih daripada 5,000 pelajar di pusat cawangan kami demi merealisasikan cita-cita membangunkan kerjaya mereka.

Dengan sokongan berterusan dari pelbagai pihak, kami berharap dapat berada lama dalam industri sebagai pemimpin dalam pendidikan seumur hidup di Asia.

Terima kasih.